Az masih ingat. Pertengahan tahun 2011 lepas, kali pertama Az kenal Am masa kat sekolah Convent, Batu Pahat. Az ikut kawan Az. Am cikgu kt sekolah tu. Az kenal Am, sebab along Az selalu cerita pasal Am, mereka kawan... Tapi Am x kenal Az. Pape pun, overall ini kali pertama Az dapat becakap dengan Am. Nice to meet you, Am!
I Know How You Feel...
Hujung tahun 2011 yang lepas, mama bagi tahu Az, Am putus tunang. Terfikir juga sebab apa. Tapi hal orang. Tak berani buat andaian. Seingat Az, Az pernal stalker picture Am bertunang. Am nampak happy sangat. Tapi Am dah putus. Mesti Am sedihkan. Az pun rasa sedih.
Sebab sekarang, waktu Az menulis blog ni, Az teringat balik Am di majlis tunang Am. Am nampak happy sangat.... Tapi, bermulalah pada awal Januari 2012 yang lalu....
Am & Az, Mula Berkenalan...
Pada suatu malam, seingat Az 9.1.2012... Am call Az, lepas dapat no Az dari along. Inilah kali pertama Am call Az. Am ingat lagi x? Sejak tu, hampir tiap hari kita akan bermesej. Daripada sekali sekala hinggalah setiap masa. Az mula belajar kenal Am perlahan-lahan. Am mula belajar untuk buka hati Az terima diri Am walaupun waktu tu Az sendiri tak tahu Am suka atau x dengan Az ni...sehinggalah saat kali pertama kita berjumpa...
Our First Date...
Az jemput Am dekat Bp Mall. Inilah kali pertama Az berhadapan dengan Am. Dari penilaian Az, Am memang berisi. Az teringat watak kartun Kungfu Panda. Macam Am kan? Berbadan besar,tp kelakar... Am ingat lagi kita macam gambar kartun kt atas, minum-minum dekat Summit Parade. Makan fries... Lepas tu, am ada belikan Az purse...
Az guna purse yang Am bagi ni sampai sekarang. Terima kasih Am. Kat dalam purse ni dah ada koyak sikit. Tapi Az tetap nak guna purse ni. Sebab purse ni Am yang bagi.Walau pun Az shopping, nampak purse berjenama, murah dan lawa, tapi Az x nak tuka purse yang Am bagi. Walaupun purse ni rosak buruk, Az tetap x akan tukar. Az akan terus guna sampai Am sendiri bagi Az purse yang lain. Am nak tau x sebab apa... sebab Az sayang Am sangat-sangat. Apa yang Am beri, Az akan guna sebaik mungkin. Macam tu juga diri Am. Jika Am beri hidup Am untuk dikongsikan dengan Az, Az nak sentiasa setia dengan Am...
Dalam first date kita juga, Az masih ingat lawak jenaka Am... Masa Az nak turunkan Am dekat Bp Mall, Az tak tahu mana satu kereta Am. Habis semua kereta mahal-mahal Am kata itu kereta Am. Nakal! Az rasa happy sangat.
Balik daripada first date kita, Az asik tersenyum sendiri. Az rasa happy. Am x punya rupa yang kacak, tapi hati Am sangat kelakar. Az suka sangat.Sikap kelakar Am yang dapat mencuri hati Az. Sebab tu kalau Am ingat, Dua perkara Az pernah beritahu Am... Pertama, Am ubat untuk Az. Bila Az sedih, boring, Az akan rasa terhibur dengan telatah Am. Sebab Am kelakar, manje, lagi manje dari Az... Kedua, Az akan rasa sangat risau kalau nampak Am muram dan senyap. Sebab Am ubat Az. Am x boleh lemah. So, Am, please... jangan sedih...
Am,kalau diingatkan, banyak lagi benda yang Az nak catatkan kat ruangan ini. Tapi terlalu banyak... Jadi, Az akan terus menulis bermula dengan catatan tarikh 25 Julai 2012...
Hari ni, Birthday Az... (25 Julai 1989)
Ini bday petama Az ada Am. Am
ingat x, Az ada request Am nyanyikan lagu untuk Az. Tak sangka Am nyanyi betul
untuk Az. Az saja je usik Am. Az tanya, Am nyanyi ke nangis ni??? Hehehe...
Tapi sebenarnya, Az terharu sangat-sangat.
Terima kasih sayang.. Am nyanyi
lagu ni kan...
Berapa hari kemudian, Am ada berbuka puasa bersama keluarga
Az kan. Lepas berbuka puasa, kita pergi bazar Ramadhan sama-sama. Az nak beli
dua helai tudung Az, sehelai tudung mama.
Total tudung tu RM 120.00. Am nak tau x apa Az rasa masa tu? Az rasa
kekok, rasa malu. Rasa takut menyusahkan. Am bagi Az RM 150.00 untuk bayar
tudung tu semua. Tapi Az amik RM80.00 je. Sebab Az takut mahal sangat. Sorry Am
kalau menyusahkan. Masa jalan balik dari bazar, Am ada tolak Az, cakap, “kau x
ucap terima kasih pun kat aku kan..lepas dapat tudung main cabut aje”...Kalau
Am nak tau, sepanjang kita berjalan az asik tefikir...mahal ke? Mahal ke? Mahal
ke? Hehehehe.... sampai terlupa nak ucap terima kasih... “terima kasih Am”...
Polkadot...
Am...hari ni, Az rasa x happy.... Banyak benda yang Az
reflek diri Az daripada perbualan kita... Az x boleh luahkan segala-galanya kat
sini. Sebab Az tau, Am x suka. Apa-apa pun, ini lagu untuk Am...
Aku tak bisa mengatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata
Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta
Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang
Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan
Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku
Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta
Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang
Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan
Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang
Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan
Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku
Bengkak MaTa
Bangun tido hari ni, Az rasa sakit kepala, tekak kering Az terus je minum air.Mata rasa pedih, bila tngok cermin, "humm, patut la, dua-dua mata aku bengkak.Sakit pale, x ada mood nk make up lebih cover mate.Nasib pakai spect...".Ni yang Az pk pagi2.
Baru teringat, rasanya malam tadi Am ada kol.Az x ingt macam mana Az boleh jawab call, tp tau2 Az dah bercakap dgn Am.Apa yang Az ingat, Am cakap Az ni pendendam, tp sebab apa x tau. Second,Am kata setiap orang ada lebih n kurangnya, n last Am kata nak bagi kiss kt dahi.Ni je...y lain2 tu x ingt...
No comments:
Post a Comment