Wednesday, August 8, 2012

Mama Call Bagi Tahu Uda Sakit...The Power Of Mother's Love

Hari ni, mama call nangis-nangis.   Panic sekejap!

"Kenapa mama?"
"Ngah, warden (En. Y) x bawak uda pergi klinik malam tadi... mama geram sangat"

Uda adik Az no.3... sekolah kt sekolah Sains, Mersing.   Dah seminggu dia bagi tahu mama dia demam.   Makan panadol berpapan-papan habis.   Sakit tak hilang-hilang.. Semalam mama ada msg bg tau hidung uda berdarah dah dua hari... Uda takut!   Pipi uda rasa macam jatuh, gigi dan mata sakit, kepala sakit sebelah... Macam-macam uda rsa, siapa yang tak risau.

Mama try call En. Y, tp En. Y x jawab.   Lastly dapat jugak kol En.Y dan dia janji malam tu jugak nak bawak uda g kinik...

Tapi hari ni, uda mesej mama bg tau En. Y x bawak uda g kinik.   Ni la yang buat mama hangin satu badan.  Lagi-lagi bab kesihatan n kebajikan anak-anak mama, mama jaga sangat.   Tapi bila tau En.Y tak laksana tugas dia sebaiknya, anggap benda ni macam remeh, buat mama rasa ralat, sebab tu mama sedih.   Kalau mama tau dari semalam mama paksa abah betul2 amik uda bawak balik... Mama FIGHT habis-habis luah rasa tak puas hati dengan warden "tu"...

Mama geram ada lagi sorang cikgu ni asik nak back up warden yang bertugas malam tu je... Dia kata, warden tu tunggu adik Az sampai 12.00malam, tp uda x ada jumpa dia nk g kinik... Mama persoalkan, "macam mana warden bertugas? dah tau budak sakit masih nak tunggu budak tu jumpa dia ke? dah la budak sakit, nak kene round carik En. Y pulak.   Siapa sihat, siapa sakit sebenarnya ni???!!!"...

Uda mesej mama petang tadi... bagi tu En. Y nak jumpa dia.  En. Y ada cakap, malam tadi sebab dia x bawak uda pergi klinik sebab terlupa.   Hum, boleh bagi reason yang cukup lemah! "terlupa"?   Ini sebabnya... tak ada ciri guru profesional langsung!

Tapi akhirnya uda dapat juga balik n dpat cuti sampai raya ni... Mama bagi tahu, uda sampai aje, terus nak bawak pergi hospital.   Esok pulak, mybe nk bawa uda g check lagi kt klinik swasta...

P/s untuk Uda  :   Mama sayang uda sangat2 tau... mama sayang anak-anak mama sangat2...   Uda boleh x sayang mama macam mama sayang uda?   Ngah sendiri x pasti ngah mampu atau x... Tapi ngah tetap akan cuba... Kita sama-sama jaga mama bila mama tua nanti ea.... =)



Monday, July 30, 2012

Apakah Hukum Bacaan Kuat Dalam Solat 'Perempuan"



Persoalan mengenai perempuan menyebut dengan agak kuat bacaan dalam solat ( sembahyang ), bersendirian:-

Bagi perempuan sebaiknya perlahankan suara dalam setiap gerak kerja.  

Hukum harus. * Tafsiran Kitab perukunan  Solat.

Hukum pada menyebut ialah harus, manakala disunatkan bacaan agak kuat (mengeluarkan suara dan didengari oleh telinga sendiri ) bila waktu magrib, Isyak dan Subuh, manakala disunatkan agak perlahan suara pada waktu Dzuhur dan Asar.  Ada banyak hikmahnya, di antaranya ada keberkatan tanpa disedari.

 

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=18229.0

Masa itu Emas

Tidur : 11.00 malam
Bangun: 5.30 pagi
Kuliah : 8.00 pagi - 2.00 petang
Library : 2.30petang - 5.00 petang
Senam : 6.00 petang - 7.00 petang
Makan/mandi:8.00 malam-9.00malam
Tugasan : 9.00 malam - 11.00 malam

Menu Harian

Sarapan :Nigellan, Madu, Collegen

Makan malam : bubur nasi + sayur + ikan

Menu Diet Sepanjang Bulan Puasa

Sahur : Collegen
Buka : Kurma 3 biji, air masak, epal, bubur nasi (kacang+sayur)

Tips Kuruskan Badan

Tiada cara mudah, pil ajaib, makanan atau senaman khusus yang mampu menghilangkan lemak di pinggang. Malah, senaman khusus seperti angkat tubi juga tidak akan membuatkan perut anda kempis. Cara terbaik untuk mengurangkan lemak di pinggang ialah:

# Bersenam — Senaman aerobik seperti berjalan cepat, menari, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau berenang boleh membantu membakar lemak di pinggang dengan cepat. Untuk lebih berkesan, lakukan senaman lima kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 60 minit setiap sesi.

Lebih lama dan bersungguh-sungguh anda bersenam, lebih banyak lemak di pinggang akan hilang. Senaman yang tertumpu pada bahagian tertentu tidak akan membantu. Senaman ini perlu mampu meningkatkan degupan jantung anda.

Kajian Pusat Kanser Fred Hutchinson di Seattle menunjukkan wanita gemuk yang bersenam secara teratur boleh mengurangkan antara 3.4 peratus hingga 6.9 peratus lemak viseral (bergantung kepada kelasakan senaman) tanpa mengubah pemakanan mereka dengan penurunan berat badan sebanyak dua kilogram. Lebih cergas senaman dilakukan, lebih banyak lemak viseral dapat dihilangkan.

# Makan makanan mengandungi banyak serat. Serat bukan saja membuat anda cepat kenyang, tetapi kenyang lebih lama. Ia akan mengurangkan pengambilan makanan berlebihan. Elak makanan ringan dan banyak lemak.

# Dapatkan tidur secukupnya. Tidur terlalu sedikit (kurang enam jam) atau terlalu banyak (lebih lapan jam) menyebabkan badan menghasilkan berlebihan hormon tekanan, kortisol. Hormon ini merangsang penyimpanan lemak di pinggang.

# Belajar mengawal tekanan melalui pelbagai pendekatan, termasuk bersenam. Ia dapat mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang sekali gus membantu memudahkan anda mengatasi masalah kegemukan secara keseluruhan.

Sunday, July 29, 2012

Hati-Hati Umat Islam...

Zaman sekarang macam-macam makanan yang dijual kat pasaran.   Tapi, Az risau juga, sama ada makanan tersebut halal atau tidak.   Mari, gambar ini Az abadikan dalam blog ini....


Lafaz Niat Puasa


Saturday, July 28, 2012

Kumengharapkan Ramadhan



Salam Ramadhan


Dalam diam dah 9 hari Az puasa.   Tapi amalan Az? Malu nak cakap...   Sama aje, turun naik macam saham.   Bila la nak konsisten.   Az teringat, masa perhimpunan kt BISA (surau IPGKPM) ada sorang guru pelatih ni cakap, jangan kita tunggu hidayah itu datang kepada kita, tapi kita yang kena usaha cari hidayah.   Macam mana? mudah sahaja, tingkatkan amal ibadah.   Jadi, sempena Ramadhan kali ini, insyallah, Az nak cuba untuk tingkatkan amalan Az.   Moga jiwa Az akan lebih tenang selalu.... Amin.